Wednesday, October 3, 2012

Empat dekad Sudah...

Alhamdulillah ribuan syukur dipanjatkan kehadrat Allah swt atas limpah rahmat dan kurnianya kerana pada tanggal dua puluh September yg lalu genaplah  sudah usiaku empat puluh tahun.
Sejujurnya memang aku sangat bersyukur kerana masih lagi dipanjangkan usia hingga ke saat ini.Namun jauh disudut hati masih terasa kekurangan diri..Entah mengapa hingga saat ini hidupku masih belum diketemukan dgn seseorang yg bisa mengisi kekosongan hati ini..Apakah memang telah ditakdirkan yg aku harus mengharungi hidup ini sendirian..Seringkali persoalan ini bermain-main difikiranku..Lelah sudah rasanya utk menjawab soalan yg sering ditanyakan ibu bapa,abang2,kakak2,sanak saudara,jiran tetangga,kawan2 samada yg jauh mahupun yg dekat..Apakan  daya aku hanyalah insan yg serba kekurangan...Tanyalah pada sesiapapun dlm dunia ini yg inginkan hidupnya menjadi seperti apa yg telah aku alami..Namun siapalah kita utk menentukan takdir juga nasib seseorang..Mungkin memang perjalanan takdir hidupku telah tertulis sebegitu sejak azali...Lalu siapalah aku utk mempertikaikan segalanya..Harus aku akui bahawa sesungguhnya aku masih belum berputus harap utk meneruskan saja sisa-sisa hidupku hingga sampai waktu aku dijemput pulang utk selama lamanya..Ya Allah hanyalah padamu tempat utk mengadu ...Berilah aku kesempatan utk aku menikmati hidup ini dengan keizinanMu...

Thursday, February 23, 2012

Sinar 2012

Pejam celik2 dah dua bulan rupanya tahun 2012 ni..Rasanya banyak betul peristiwa dan kejadian yg berlaku dlm masa sesingkat ini..Tapi aku rasa macam tersangat la sibuknya sampai tak ada masa nak update blog ni..Januari memberi sinar baru dalam keluarga besarku kerana bilangan anak buahku bertambah lagi..Selamat dtg Wan Muhamad Faiz Najmi..Moga kehadiranmu akan menambahkan lagi keceriaan dalam hidup kami..Jua sahabat baikku yg menerima kehadiran permata hati pertama selepas melalui pelbagai jerih payah selama sembilan bulan menunggu kelahirannya..Aku jua mengharapkan perjalanan hidupku akan dipenuhi dgn perkara2 yg mengembirakan..Tahun 2012 jua aku berjaya merialisasikan impianku sejak sekian lama..Sebagai reward utk diri sendiri aku telah menghadiahkan blackberry bold 9790 sempena sambutan tahun baru..Alhamdulillah..akhirnya impianku termakbul jua..Temanku jua telah melalui fasa yg mengembirakan dgn mengikat tali pertunangan..Tahniah sahabat..Aku jua menumpang kegembiraanmu dan moga2 sinaran yg menerangimu akan memercikkan tempiasnya buat diriku..Insya allah..Aku masih belum berhenti berharap..Namun dlm gembira terselit jua kesedihan kerana aku seringkali diuji dengan kesihatanku yg tak menentu..Namun alhamdulillah semuanya kembali pulih..Ya Allah aku seharusnya bersyukur hingga tika dan saat ini aku masih bisa meneruskan sisa2 kehidupan yg penuh dugaan dan cabaran...