Thursday, February 23, 2012
Sinar 2012
Pejam celik2 dah dua bulan rupanya tahun 2012 ni..Rasanya banyak betul peristiwa dan kejadian yg berlaku dlm masa sesingkat ini..Tapi aku rasa macam tersangat la sibuknya sampai tak ada masa nak update blog ni..Januari memberi sinar baru dalam keluarga besarku kerana bilangan anak buahku bertambah lagi..Selamat dtg Wan Muhamad Faiz Najmi..Moga kehadiranmu akan menambahkan lagi keceriaan dalam hidup kami..Jua sahabat baikku yg menerima kehadiran permata hati pertama selepas melalui pelbagai jerih payah selama sembilan bulan menunggu kelahirannya..Aku jua mengharapkan perjalanan hidupku akan dipenuhi dgn perkara2 yg mengembirakan..Tahun 2012 jua aku berjaya merialisasikan impianku sejak sekian lama..Sebagai reward utk diri sendiri aku telah menghadiahkan blackberry bold 9790 sempena sambutan tahun baru..Alhamdulillah..akhirnya impianku termakbul jua..Temanku jua telah melalui fasa yg mengembirakan dgn mengikat tali pertunangan..Tahniah sahabat..Aku jua menumpang kegembiraanmu dan moga2 sinaran yg menerangimu akan memercikkan tempiasnya buat diriku..Insya allah..Aku masih belum berhenti berharap..Namun dlm gembira terselit jua kesedihan kerana aku seringkali diuji dengan kesihatanku yg tak menentu..Namun alhamdulillah semuanya kembali pulih..Ya Allah aku seharusnya bersyukur hingga tika dan saat ini aku masih bisa meneruskan sisa2 kehidupan yg penuh dugaan dan cabaran...
Subscribe to:
Comments (Atom)